Login STR : Panduan Lengkap 2024

Panduan lengkap 2024 untuk login STR tanpa kerumitan. Jangan ketinggalan! Klik sekarang untuk tips berguna dan panduan terperinci!

Panduan Lengkap Login STR

login str

Ikuti panduan lengkap di bawah untuk log masuk ke STR dan semak status pembayaran Fasa 3 tahun 2024.

Langkah-Langkah Log Masuk STR:

  1. Sila tekan link Rasmi Log Masuk STR di sini: Portal STR.
  2. Pengguna akan dibawa ke Laman Utama Portal Sumbangan Tunai Rahmah:
    • Pergi ke bahagian kiri di ruangan [MySTR].
    • Isi Nombor Kad Pengenalan pengguna di ruangan [No MyKad].
    • Klik butang [Log Masuk].
  3. Anda akan dibawa ke halaman SEMAK STATUS:
    • Paparan akan menunjukkan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda?”.
    • Tekan [Ya] jika Kata Kunci Keselamatan yang dipaparkan kepunyaan anda.
  4. Masukkan Kata Laluan/Password.
    • Jika pengguna terlupa atau hilang kata laluan, sila rujuk panduan lengkap yang disediakan di bawah.
    • Klik [Log Masuk].
  5. Anda telah berjaya Login ke Halaman Utama MySTR.
  6. Untuk semakan status bayaran bantuan STR secara online, sila klik [Semakan Permohonan]:
    • Seterusnya lihat di bahagian [Maklumat Pembayaran].
    • Pengguna akan melihat paparan maklumat seperti yang dinyatakan di bawah:
      • i. Tarikh Kredit
      • ii. No. Pengenalan Akaun Dikredit
      • iii. Nama Penerima
      • iv. Fasa Pembayaran
      • v. Jumlah Dikredit
      • vi. Status Kredit
      • vii. Nama Bank dan No akaun

Cara Dapatkan Balik Forgot Password/Lupa Kata Laluan MySTR

Ikuti panduan di bawah untuk mendapatkan semula kata laluan yang telah lupa atau hilang:

  1. Pergi ke Pautan Reset Kata Laluan/Password Log Masuk Portal MySTR di sini: Reset Kata Laluan MySTR.
  2. Pengguna akan dibawa ke Halaman Soalan Keselamatan:
    • Masukkan No MyKad.
    • Klik [Semak].
    • Masukkan Emel yang berdaftar semasa Permohonan STR dan klik [Seterusnya].
  3. Kata Laluan sementara akan diemelkan pada emel yang didaftarkan.
  4. Check emel dan log masuk semula MySTR:
    • Isi No. MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan.
    • Masukkan Kata Laluan Sementara yang telah diemelkan dan set semula Kata Laluan Baharu anda.
    • Setelah berjaya set semula Password, log masuk ke Portal MySTR seperti biasa berpandukan tutorial di atas.

Tidak Mempunyai Emel/Emel Tidak Sama Seperti yang Berdaftar pada STR/Emel Tidak Sah

Sekiranya anda mengalami masalah seperti di atas:

  • Set semula Password melalui emel tidak boleh dibuat.
  • Sahkan kata kunci keselamatan.
  • Pemohon perlu menjawab 3 soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini.
  • Masukkan Kata Laluan Baharu dan Sahkan Password.

Nota:

  • Sekiranya anda tersilap menjawab kata laluan setelah 3 kali percubaan, ID permohonan akan disekat. Selepas 24 jam, log masuk semula MySTR dengan menjawab soalan keselamatan tanpa perlu menghubungi talian Hotline.
  • Jika terlupa jawapan bagi soalan keselamatan, hubungi talian Hotline BKK atau hadir ke Pejabat HASiL untuk set semula akaun STR.

Rujukan

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau soalan lanjut, sila hubungi pihak yang berkenaan di bawah:

  • Talian Hotline BKK: 1-800-88-2747
  • Anda juga disarankan untuk terus hadir ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan untuk maklumat yang lebih jelas.

 

Leave a Comment